Apa yang membuat orang tertarik dengan perkara-perkara yang ghaib?
Jawapannya memanglah berbeza mengikut tempat tinggal seseorang itu tapi kebanyakkan hampir sama seperti alasan di bawah ini;
Rasa ingin tahu
Semua orang memang mempunyai rasa ingin tahu. itu memang sifat semulajadi manusia. Sebab itu ramai orang setelah mendengar cerita atau membaca sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib juga mahu mencuba hal tersebut kononnya mau membuktikan sama ada perkara tersebut betul atau tidak.
Hiburan
Sejak akhir-akhir ini begitu banyak sekali hiburan, buku, filem dan permainan komputer yang berunsurkan perkara-perkara ghaib, jadi hal in terlebih lagi mendorong orang untuk mengetahui tentang perkara ghaib
Kebimbangan akan hari esok
Dalam Bible di 2 Tim 3:1 mengatakan bahawa 'Pada hari-hari terakhir akan datang masa kritis yang sulit dihadapi'. Ya, kehidupan sekarang memang bukan senang. Banyak perkara yang merisaukan orang sehingga mereka sanggup untuk meminta bantuan para penenung, peramal, penafsir garis tangan dan sumber paranormal yang lain untuk mengetahui apa yang bakal berlaku pada mereka di masa akan datang nanti.
Penyakit
Di beberapa negara, orang-orang yang sakit kuat tidak mahu lagi ke hospital untuk berubat, sebaliknya mereka beralih ke tabib tradisional atau bomoh-bomoh untuk mengetahui punca penyakit mereka serta cara untuk menghilangkan kesakitan tersebut. Tidak kurang juga yang menggunakan ilmu ghaib untuk membalas orang yang tidak mereka sukai dengan cara membuatkan orang tersebut sakit kuat secara tiba-tiba.
Untuk mendapatkan perlindungan dan keuntungan
Memandangkan meningkatnya masalah korupsi di kalangan pemerintah, ramai orang tidak lagi mempercayai bantuan dari pihak atasan untuk melindungi mereka. Jadi mereka mula menggunakan khidmat ilmu ghaib untuk melindungi mereka sama ada dari orang jahat atau dari gangguan hantu-hantu. Selain itu, mereka juga menggunakan ilmu ghaib untuk tujuan melariskan jualan atau menjaga perniagaan mereka supaya maju.
Kehilangan orang tersayang
Banyak orang oleh kerana terlalu sedih atas kehilangan orang yang tersayang sanggup membuat upacara pemanggilan arwah untuk berhubung dengan orang tersayang yang sudah mati itu walaupun memakan belanja yang besar.
Takut akan orang mati
Kepercayaan tentang kematian dan orang mati sangat mempengaruhi manusia. Oleh kerana itu, di banyak negeri, orang-orang melakukan segala jenis ritual, termasuk melukai diri sendiri untuk menenangkan orang mati atau untuk membuktikan kasih pada mereka.
Jelaslah, terdapat banyak umpan yang memikat orang pada hal-hal yang ghaib. Sebab itulah pentingnya memahami sumber yang sebenar berkenaan dengan ilmu ghaib. Siapa sebenarnya dalang di sebalik ilmu ghaib ini? Bagaimana Bible menjelaskanya dan bagaimana kita dapat melindungi diri dari praktek-praktek ilmu ghaib ini?