Monday, August 15, 2011

Fakta tentang hal-hal Ghaib

Apa yang membuat orang tertarik dengan perkara-perkara yang ghaib?

Jawapannya memanglah berbeza mengikut tempat tinggal seseorang itu tapi kebanyakkan hampir sama seperti alasan di bawah ini;

Rasa ingin tahu

Semua orang memang mempunyai rasa ingin tahu. itu memang sifat semulajadi manusia. Sebab itu ramai orang setelah mendengar cerita atau membaca sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib juga mahu mencuba hal tersebut kononnya mau membuktikan sama ada perkara tersebut betul atau tidak.

Hiburan

Sejak akhir-akhir ini begitu banyak sekali hiburan, buku, filem dan permainan komputer yang berunsurkan perkara-perkara ghaib, jadi hal in terlebih lagi mendorong orang untuk mengetahui tentang perkara ghaib

Kebimbangan akan hari esok

Dalam Bible di 2 Tim 3:1 mengatakan bahawa 'Pada hari-hari terakhir akan datang masa kritis yang sulit dihadapi'. Ya, kehidupan sekarang memang bukan senang. Banyak perkara yang merisaukan orang sehingga mereka sanggup untuk meminta bantuan para penenung, peramal, penafsir garis tangan dan sumber paranormal yang lain untuk mengetahui apa yang bakal berlaku pada mereka di masa akan datang nanti.

Penyakit

Di beberapa negara, orang-orang yang sakit kuat tidak mahu lagi ke hospital untuk berubat, sebaliknya mereka beralih ke tabib tradisional atau bomoh-bomoh untuk mengetahui punca penyakit mereka serta cara untuk menghilangkan kesakitan tersebut. Tidak kurang juga yang menggunakan ilmu ghaib untuk membalas orang yang tidak mereka sukai dengan cara membuatkan orang tersebut sakit kuat secara tiba-tiba.

Untuk mendapatkan perlindungan dan keuntungan

Memandangkan meningkatnya masalah korupsi di kalangan pemerintah, ramai orang tidak lagi mempercayai bantuan dari pihak atasan untuk melindungi mereka. Jadi mereka mula menggunakan khidmat ilmu ghaib untuk melindungi mereka sama ada dari orang jahat atau dari gangguan hantu-hantu. Selain itu, mereka juga menggunakan ilmu ghaib untuk tujuan melariskan jualan atau menjaga perniagaan mereka supaya maju.

Kehilangan orang tersayang

Banyak orang oleh kerana terlalu sedih atas kehilangan orang yang tersayang sanggup membuat upacara pemanggilan arwah untuk berhubung dengan orang tersayang yang sudah mati itu walaupun memakan belanja yang besar.

Takut akan orang mati

Kepercayaan tentang kematian dan orang mati sangat mempengaruhi manusia. Oleh kerana itu, di banyak negeri, orang-orang melakukan segala jenis ritual, termasuk melukai diri sendiri untuk menenangkan orang mati atau untuk membuktikan kasih pada mereka.

Jelaslah, terdapat banyak umpan yang memikat orang pada hal-hal yang ghaib. Sebab itulah pentingnya memahami sumber yang sebenar berkenaan dengan ilmu ghaib. Siapa sebenarnya dalang di sebalik ilmu ghaib ini? Bagaimana Bible menjelaskanya dan bagaimana kita dapat melindungi diri dari praktek-praktek ilmu ghaib ini?

Monday, August 8, 2011

Mengapa orang melakukan hal-hal yang buruk?

Semua orang mungkin setuju dengan 1 hal ini:
Semua orang tidak sempurna, sebab itu orang melakukan banyak perkara yang buruk.
Apakah saudara juga setuju dengan alasan itu?


Cuba pertimbangkan beberapa alasan penting dari Bible ini;

Pengkothbah 7 : 7 "Kerana penindasan, orang berhikmat dapat bertindak gila"


Bible memang mengakui bahawa kadang-kadang, kerana dipaksa oleh keadaan, orang sanggup melakukan sesuatu yang buruk yang mana pada awalnya tidak mahu mereka lakukan. Ada juga yang sanggup melakukan jenayah kerana mereka berfikiran bahawa itu saja jalan untuk menyelesaikan masalah dan penderitaan yang mereka alami. Hal ini disebutkan oleh buku urban terrosism yang mengatakan bahawa dalam kebanyakan kes, motivasi utama seorang terroris ialah kerana kecewa dengan tindakan politik, sosial dan ekonomi yang menghimpit kehidupan mereka.


1 Timotius 6 : 10 "Akar segala kejahatan ialah cinta akan wang"


Ramai orang berpendapat bahawa, semua orang termasuk orang yang baik, boleh dibeli jika kita menyogok wang kepada mereka. Sebab itulah banyak kejahatan yang berakar pada ketamakan seperti pemerasan, penipuan, penculikan dan bahkan pembunuhan berlaku di sekeliling kita.


Yakobus 1 : 14, 15 "Masing-masing dicobai dengan ditarik dan dipikat oleh keinginannya sendiri. Kemudian apabila keinginan itu menjadi subur, ia melahirkan dosa"


Hampir setiap hari kita dipengaruhi untuk membuat kejahatan, tidak kira kita berada di dalam rumah ( pengaruh tv )atau di luar rumah seperti di tempat kerja, di sekolah atau di mana sahaja. Bagaimana pun, sebenarnya semua itu bergantung pada pilihan yang kita buat. Jika kita menepis keinginan itu dengan segera, maka kita akan terhindar dari melakukan perkara buruk tersebut. Tetapi jika kita membiarkan keinginan buruk itu berakar umbi dalam hati kita, maka tindakan yang buruk pasti akan menyusul.


Amsal 13 : 20 "Ia yang berjalan dengan orang-orang yang berhikmat akan menjadi berhikmat, tetapi ia yang berurusan dengan orang-orang bebal akan mengalami kemalangan"


Kita ini ibarat span pencuci yang boleh menyerap apa saja yang berada di sekelilingnya. Jika span itu berada dekat dengan minyak, maka minyak itu jugalah yang diserapnya, jika span itu dekat dengan air, maka air jugalah yang diserapnya. Begitu jugalah dengan kita, kerana pergaulan yang buruk, maka kita boleh jadi melakukan kejahatan atau perkara buruk itu kerana tekanan dari kawan-kawan dan keadaan yang kita ciptakan hasil dari pergaulan yang buruk tadi. Dalam bahasa Bible, 'orang bebal' itu tidak memaksudkan orang yang bodoh secara intelektual, tetapi memaksudkan orang yang mengabaikan nasihat yang bijaksana dari firman Tuhan.

Ayat-ayat tadi dan banyak lagi ayat dalam Bible dengan tepat menjelaskan mengapa orang yang pada mulanya macam normal saja berubah melakukan perkara yang buruk bahkan perkara yang mengejutkan. Memang sangat bermanfaat jika kita memahami mengapa orang melakukan perkara buruk tetapi apakah ada harapan bahawa keadaan ini akan menjadi baik? Sebenarnya Bible bukan hanya menjelaskan mengapa orang melakukan perkara buruk tetapi Bible juga menjelaskan sebuah harapan bahawa semua perbuatan jahat itu akan berakhir tidak lama lagi dan kita tidak perlu lagi risau untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan orang yang melakukan perkara buruk ini. Bolehkah janji ini dipercayai? apa buktinya? mungkin saudara boleh berkongsi pendapat dengan saya?

Tuesday, March 1, 2011

under pressure in school and out

Why are many children stressed-out in school?

I am not a student anymore but if you are student, you probably work hard in school. and when you receive difficult assignments or prepare for exams, you might be willing and able to make an even greater effort. but what if all your days were packed with schoolwork and other assignments? you might find it hard to eat properly or get a good night's rest. the constant high level of stress could eventually make you sick. not to mention all the pressure form friends and teachers. perharps that is you feel now.

What are the causes?

One student says "As i go on to higher grades, my homework increases and get more difficult. finishing it takes a long time. i have many things that i want to do, but the homework must be turned in the next day. i sometimes feel panicky."
Another students says "Completing my homework has become more difficult. Every year i have more subjects to study and the teachers assign much more material. Also, the teacher considers his/her subject is to be more important the rest. it is hard to find  a balance and get it all done."

So, as a student or when you were a student, what can you or what did you do to make you less tension and reduce stress ?


Monday, February 28, 2011

Why we are here?

What is the meaning of life?


This is the often asked question for many who experience hardship in life. Perhaps at no time, we do raise such question as we sense how brief our life span really is. but of course, we do not need to be going through a life threatening crisis to ask why we are here. Disillusionment can trigger the question as well. and some may ask it as they reflect on their life pattern.


A succesful trip through life?


Life is often compared to a journey. Just as you may begin a trip with no final destination in mind, you could live your life without identifying its real purpose. If you do so, you risk getting caught up in what well-known writer Stephen R.Covey calls "the busy-ness of life." He wrote about those who "find themselves achieving victories or success that are empty, successes that have come at the expense of things they suddenly realize were far more valuable to them."


Would you not agree that increasing our speed on a trip is pointless if we are not heading in the right directions?